Projek ini agak mencabar kerana saya perlu membuktikan saya mampu memberikan satu rekabentuk yang lebih matang - profesional, bersih, kemas dan menarik. Alhamdulillah, peringkat rekabentuk laman telah selesai dan pemilik laman www.kereta2u.com sangat berpuas hati.
Saya telah mempersembahkan kepada beliau sebanyak 2 rekabentuk. Begitu juga dengan logo design (logo laman web) - logo telah saya cipta dengan gaya lebih mantap. Mudah difaham dan bersih!
Sila lihat gambar "Sebelum dan Selepas" yang saya sertakan di sini dan saya yakin.. saya telah berjaya! Selepas ini saya akan buatkan logo untuk syarikat kereta Afha Auto pula. Inysaallah, dalam sedikit masa lagi projek laman web www.kereta2u.com akan siap! Laman baru akan siap dalam masa 1 bulan lagi (hujung April 2010).
Lihat Sebelum dan Selepas - Gambar Besar
Laman Jual Beli Kereta www.1kereta.com
Sebelum ini, saya telah buatkan satu laman jual beli kereta utk. Mr Azam Kelantan, www.1kereta.com. Sudah siap dan boleh jual atau beli kereta di sana. Kedua dua mereka Kereta2u.com dan 1kereta adalah kawan tokey-tokey kereta! Selamat berjaya untuk mereka!