Selamat datang ke www.kohalal.com! Laman direktori produk halal keluaran muslim. Ini satu lagi projek saya (Hostwaves.com by Randuk Benua at www.randuk.com) menggunakan CMS Drupal (www.drupal.org).
Cabaran besarnya ialah menyusun beribu produk dalam kategori dan juga senarai produk mengikut jenama atau syarikat pengeluar. Mulanya projek ini agak perlahan namun hari ini ianya berjalan lancar. Antara features (modules) yang digunakan ialah: Image (Image Gallery), Messeges, Directory, Classified Ads, Ads dan Chat.
Ads digunakan untuk memaparkan iklan secara rawak. Kini terdapat hampir 20 iklan di bahagian sisi (right menu). Banyak lagi iklan akan ditambah. Selain jual produk, Haji (tokeh kohalal) juga menjual ruang iklan utk menampung kos laman. Yang seronoknya, Haji ada ramai staff yang boleh membantu memasukkan data. Jika nak dibuat seorang diri pasti memenatkan dan memakan masa yang lama.
Laman ini akan diubahsuai lagi nanti dari segi rekabentuknya. Saya tetap nasihatkan supaya Haji gunakan theme yang ringan dan kurangkan grafik kerana laman ini banyak gambar dan pasti akan lambat (loading). Saya akan baiki design namun dengan penggunaan imej yang minima!
Sila ke laman direktori produk halal keluaran Muslim di sini: www.kohalal.com